Wednesday, November 4, 2015

Terima Kasih Ku Ucapkan






Bismillahirahmanirahim



          Pada tahun ni, ku rasa mencabar bagi ku kerana ekonomi yang semakin meningkat .Sebagai pelajar masih kekurangan wang bagi yang membuat pinjaman PTPTN. Sungguh,bagi ku tidah cukup. Sewaktu berlajar di sem 7, banyak dugaan yang berlaku, mungkin ada hikmah. Allah itu maha adil dan mengetahui terhadap hambanya .Terima kasih sahabat sebilik sebab bagi pinjam duit ,maaf kerana terdesak sangat-sangat, rasa malu dan tebal sangat muka Allah saja yang tahu. Semoga Allah sahaja yang membalasnya.

          Tahun itu juga ku membeli motor second hand berharga rm 800 untuk  persediaan practikal dengan sedikit wang ku kerja sewaktu cuti semester. Dengan bantuan Allah ,niat untuk bekerja sewaktu cuti sem memang mahu sangat ,Allah makbulkan doaku ketika ku membuka whatapp dalam group terlihat tawaran bekerja di Sra Selangor.Allahhh .sungguh bersyukur .Kadang-kadang sewaktu belajar  memang terdesak sangat sehinggakan ku sanggup tahan lapar dan dahaga untuk menyimpan duit ..kenangan yang terindah akan ku ingat sampai mati .

          Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa dan keluarga yang banyak mambantu dan memberi ku semangat ketika ku rebah..Allah sahaja yang mengetahui ,semoga mereka panjang umur. Merekalah yang banyak membantuku,,Allah!! tidak tahu mahu  macam mana mahu membalasnya. Yang ku paling sedih sekali waktu tu umiku sakit strok bahagian muka,ketika itu ku dapat berita ketika ku masih bekerja ketika cuti sem. Hari itu memang ku menangis teruk sangat.. ku sayang umiku tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya tapi Alhamdulillah ku bersyukur Allah bagi nikmat sihat kepada umiku setelah diberi rawatan hospital dan kampung.

          Selepas keluargaku ,ku sangat sayang sahabat ini yang ku kenal 4 tahun tapi kami tiada jodoh.ku redha mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Lumrah hidup tidak selalu indah,langit pun tidak selalu cerah. Bila mana kau diuji,ini cuma bingkisan penguat hidup di kemudian hari,bilamana dijentik Allah, itu tanda mohon PERHATIAN, rindu segenap tangisan tangisan daripada hambanya yang dipilih,,redhalah...redhalah...seandainya kehilangan sesuatu yang bernilai dalam hidup.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kita tidak tahu. Tagih perhatian si dia,moga Dia memberi perhatian lebih pada kita. Kehadiran kau disampingku selama ini ,akan ku hargai,terima kasih kerana jadi penemanku untuk sementara dan maafkan lah ku dan kekurangan.Ku mendoakan agar kau bahagia disamping orang yang tersayang.

        Seterusnya ku ucapkan terima kasih kepada seorang kakak ini,,ku agak rapat .Beliau banyak menolong ,membantu , memberi semangat ketika ku susah dan sedih tapi ku rasa ku selalu buat kakak itu sakit hati,,Ya Allah jahatnya ku..maafkan ku kakak. Maaf tidak ada niat sebegitu. Kakak memang baik,tidak dapat ku membalas jasanya,,ALLAH..siapa berminat kakak ni boleh pm..Beliau orang terengganu.. :)

Alhamdulillah ..

Maaf kalau ada buat sesiapa yang terasa
mohon maaf

     



Lawatan ke Thailand (Fakulti quran dan sunnah 2015/8)


























Wednesday, November 26, 2014

jaksa 2014/2015


.
Assalamualaikum 

MAJLIS PERLANTIKAN JAKSA 2014/2015


fatma-auni-nikhuda-anis-afifah-faizah
faizah-una-shahida-ima-najmi-amna-farhana-muni-huda


suka saya kongsi tajuk buku yang saya baca. sabar dan syukur  daripada perspektif pengurusan  organisasi , itulah tajuknya. Best juga baca membuatkan lebih bersemangat Tp saya simpulkan je la ea..

Hati ,lisan, adalah kunci untuk kita bersabar, bersyukur dan bertindak. Macam mana? menggunakan pacaindera hati dengan sabar iaitu mengawal diri dan perasaan dengan ujian dan bersyukur menyedari tentang segala nikmat yang diterima. Lisan ,sabar sedia memaaf dan membuat penyesuian bersyukur mengiktiraf dan menyatukan syukur secara lisan dan nikmat yang diterima.
Tindakan sabar( cekal,berani dan kusyuk) untuk kebaikan dan menolak keburukan dan bersyukur adil,setia,pemurah pada pemberi dengan yang lain.

Jadilah pemimpin yang bertanggungjawab ,prihatin,penyanyang terhadap rakyatnya  :)

ala kulli hal ,saya mohon diri 

Assalamualaikum
















Sunday, August 10, 2014

Riang Ria Kengkawan 2014

Assalamualaikum.

Saya mahu cerita ni. Raya tahun ni
kawan -kawan masa sekolah menengah datang,seronok gile,rindu korang.


auChakk!!


Friday, June 27, 2014

SELAMAT HARI UMIABI

Assalamualaikum .

SELAMAT HARI UMIABI

Sehari sebelum berpuasa aku masih lagi di tempat belajar kerana ada tanggungjawab perlu diselesaikan. Setahun sudah aku memegang jawatan biro akademik di kolej di sebuah universiti. Sebenarnya, biro akademik tidak masuk dengan jiwaku( ambo) huhu aku lebih kepada lasak-lasak , kalu dapat biro sukan kan seronok ,baru ada masuk. Ya Allah tidak bersyukur langsung aku ni kan, ada-ada sahaja, tetapi Alhamdulillah aku bersyukur sepanjang aku menjadi biro akademik dapat  bnyak pengalaman, kenal hati budi masing-masing.Haa, time buat kerja la kita tahu dia tu bertanggungjawab ke tidak orang tu. Apa pun memang seronok.

Duduk seorang dalam bilik,

Teringat umi abi,

Buat apa?

Makan ap?

Ingat !!!!!!!!!!!!!! kalau sayang ,di kau sisipkanlah dalan doamu kepada ibubapamu.


Terima kasih sebab jagaku dan adik-adikku penuh dengan kasih sayang
Terima kasih sebab bagi didikan kepada kami
Terima kasih sebab bagi duit perbelanjaan ke sekolah
Terima kasih sebab melahirkanku dan adik-adikku
Terima kasih semuanya umi.

Aku tahu kau penat mencari duit untuk belanja sekolah ku dan adikku,
Sabarlah wahai umiabi,

masih segar dalam ingatanku ketika sedang duduk di depan rumah

Umi: belajar la bersungguh-sungguh. Umi tidak ada harta hendak bagi dekat anak-anak tetepa umi hantar Along dan adik-adik ke sekolah dan belajar bersungguh-sungguh.

 Aku: sebak didada (curah-curah air mataku)Allahu

Aku sedih bila aku tengok umiku sakit kaki kalau bekerja,umiku penoreh getah abiku pula mekanik. Sebak sangat time tu , umi cakap, umi sudah penat bekerja tapi  ingin cari duit sebab ingin sekolah anak-anaknya. Hah, teringat masa kat kebun time teman umi menoreh, umi gembira tengok anak-anak umi dapat sambung belajar ,time tu pula adik yang ke tiga  dapat 8A dalam PMR berbunga hati umiabi time tu..


Ya Allah.

Umiabi doakan along dan adik-adik berjaya di dunia dan diakhirat(sedih)


Thursday, January 23, 2014

ORGANISASI JAKSA SUTERA INDAH 2013/2014

JAKSA SUTERA INDAH 2013/2014



SELAMAT MENJALANKAN TUGAS


GO JAKSA GO

KEM TEAMBUILDING DI PUSAT  PEMANTAPAN AKIDAH(JAKIM), JELEBU,N.SEMBILAN





ALHAMDULILLAH,selesai sudah Program Team Building di Kem Pusat Pemantapan Akidah(JAKIM),Jelebu,Negeri Sembilan bersama JAKSA-JAKSA KOLEJ KEDIAMAN ,USIM.Semoga bermanfaat,bersemangat mengikuti kem kepimpinan ini.Semoga pertemuan MEGA JAKSA-JAKSA ini dapat merapatkan ukhwah dan memberi manfaat kepada semua :)

Friday, September 6, 2013

DiA BuKaN UsTaZ


Assalamualaikum.

rindu rasa dekat blog ni..
lama da tak buka
saya ada cerita kat awak semua
kisah ni menarik sangat bila awak baca.

SaHAbaT Tapi mESra
________________________________________________________________

Dia bukan ustaz ,dia bukan sekolah agama,tetapi Insya-Allah bakal ustaz  dan sedang mencari ilmu untuk  membimbing isterinya menjadi isteri yang solehah dan memberi didikan agama kepada anak-anaknya untuk menuju ke syurga.Tuhanku seandainya telah kau takdirkan dia mikikku,tercipta buatku,dekatkan lah hatinya dengan hatiku,tetapkan lah kemesraan antara kami,agar kebahagian ini kekal abadi.Ya Rahman Ya Rahim sekiranya dia ditakdirkan untukku,kupohon agar takdir memperkuatkan kasihku padanya,selagi tidak melebihi kasihku kepadaMu..Amin

ppuan    : Saya sayang awak (senyum)

lelaki      : Saya pun sama..

ppuan      :Kenapa awak tak tulis "saya sayang awak"awak cuma tulis "saya pun sama.".itu                             sahaja awak tulis dekat saya..awak tak sayang saya dah ke.(sedih)

lelaki      :Ya ,saya sayang awak sangat-sangat.Awaklah doa saya untuk jadi pendamping                                  saya.Ingat tu.awak ,lelaki ni ego dia tinggi ,memang pelik apabila seorang lelaki itu                          mengatakan "sayang"kepada perempuan yang dia suka kerap kali melainkan tidak                        pelik seorang perempuan mengatakan sayang kepada si lelaki itu.Hati perempuan                          lembut tidak  sama macam lelaki.

ppuan     :Baiklah awak,saya ingat kata-kata itu.Awak,nanti kita tidak perlu cakap  sayang-                           sayang dah kan sebab nanti masa  sudah kahwin tidak ada manis.kan kan kan awak                         kan..

lelaki      :Betol itu.pandai pun.Awak,awak baca tidak al-quran yang saya beli itu?awak pakai                       tidak niqab yang saya belikan untuk awak?saya mengambil masa 4 hari pilih warna                       untuk awak.Saya bagi awak niqob itu sebab saya tidak mahu orang lain tengok                               muka awak,hanya saya seorang sahaja boleh tengok nanti kahwin sebab saya sayang                      awak.

 ppuan       :awak,saya baca selalu.tiap-tiap selepas maghrib.awak jangan risau ya.Niqab tu saya                        tidak pakai lagi awak sebab saya tidak bersedia lagi.kalau hendak pakai niqab                                 mestilah istiqamah dan betulkan niat tetapi saya sedang mencari sesuatu dan                               dengan orang yang memberi kekuatan dekat saya.awak jangan risau ya,InsyaAllah..awak doakan untuk saya ya.

lelaki     :InsyaAllah.saya akan sentiasa doakan untuk awak.


alkisahnya...tunggu sambungannye

PeSAnaN


#Perempuan hatinya lembut sentiasa memerlukan kasih sayang.lain cerita lelaki sayang sangat tetapi tidak meluahkan sayang dia kepada seseorang perempuan itu KERANA egonya sangat tinggi.



Semalam,ada berborak dengan kawan romate tentang cerai..takut je nak kahwin..cerai,cerai,cerai
sesudah bercerita khulasohnya,lelaki jangan ego sangat tau,sian kat bini..heheh..kalu masing-masing ego memang padah la..punca cerai masing-masing ego..ermm..

tip-tip redakan marah heheh
 kongsi dengan kawan je"_"


-    malam-malam nak tido ,cerita la masalah kamu masing-masing..jauhkan cerita tentang                     masalah tempat kerja.
-    ambil masa jangan tergopoh-gapah hendak minta cerai tau..


setakat itu sahaja la saya hendak cerita.tidak ada kene mengena hidup dan mati.
maap banyak-banyak kalau ada  tersalah dan tersilap ,,mohon ampun..


InSaN bIaSa

Calon lalaki pilihan perempuan

(yang saya tahu ja la ya,,ada juga kongsi dengan kawan.)


-Tahu agama(penting sangat agama tau dapat bimbing kita ke syurga)
-Bertanggungjawab(bagi nafkah zahir dan batin) jalan lupe nafkah tiap bulan tau...
-baik hati 
-terima kita seadanya (mksudnye kekurangan kita)
-penyayang(sabar)


CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET  DAN ROMANTIK


1.call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu
2.peluk isteri secara tiba-tiba
3.puji isteri cantik
4.bergurau senda dengan isteri time baru balik keje
5.kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur
6.urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa           sambil tengok tv
7.tolak troller baby atau dukong anak time shopping bersama isteri
8.barada disisi isteri time isteri melahirkan anak
9.sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri
10.belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira
11.bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari anniversary ataupun birthday
12.dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat pms  sambil bagi semangat
13.rajin solat jemaah  bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.
14.buet candle light dinner secara mengejut

bila la ye..:(











            
        


















Sunday, May 5, 2013

DaKwAh





Assalamualaikum..
Hari ni ambe nok kongsi sikit .
minggu depan nok buat pbentangan dah dalam kelas "Dakwah Comtemporary"

DAKWAH
bahasa :
da'a,yad'u,da'watan (yang bermaksud memanggil,mengajak,menjamu,menjemput.
istilah:
mendorong manusia agar berbuat kebajikan dan kebaikan yang menyuruh mereka beramal  dengan kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.

DAKWAH COMTEMPORARY

Mengajak dari segi gerakan dakwah atau kefahaman pemikiran dakwah,aliran,gerakan dan usaha mengubah kefahaman,adat istiadat dan institusi lama dan sebagainya untuk disesuaikan dengan suasana baru yang ditimbulkan oleh ilmu pengetahuan dan teknologi moden.


Nasihat dari saye:
Jom berdakwah walaupun sepotong ayat.Jangan malu menulis tentang islam walaupun sepotong ayat,,INSYAALLAH dengan sepotong ayat itulah akan berjaya menyentuh hati pembaca.
Berdakwah ini tidak susah pun .Sekarangkan zaman serba canggih.So,gunakanlah dan manfaatkan ia sebaiknya samaada di facebook,blog,twitter,masegger dan sebagainya.

cube anda bayangkan sepotong ayat  darab dengan setahun..
ish2..banyak sudah itu
paling kurang pun seminggu sehari


INGAT!!
'Biar orang tidak suka kita Tapi biat ALLAH suka kita'
Kita mesti tahu apa peranan kita di bumi ALLAH ini.

WaRkAh DaRi Si DiA


5 may 2013(hari mengundi)