Wednesday, November 4, 2015

Terima Kasih Ku Ucapkan






Bismillahirahmanirahim



          Pada tahun ni, ku rasa mencabar bagi ku kerana ekonomi yang semakin meningkat .Sebagai pelajar masih kekurangan wang bagi yang membuat pinjaman PTPTN. Sungguh,bagi ku tidah cukup. Sewaktu berlajar di sem 7, banyak dugaan yang berlaku, mungkin ada hikmah. Allah itu maha adil dan mengetahui terhadap hambanya .Terima kasih sahabat sebilik sebab bagi pinjam duit ,maaf kerana terdesak sangat-sangat, rasa malu dan tebal sangat muka Allah saja yang tahu. Semoga Allah sahaja yang membalasnya.

          Tahun itu juga ku membeli motor second hand berharga rm 800 untuk  persediaan practikal dengan sedikit wang ku kerja sewaktu cuti semester. Dengan bantuan Allah ,niat untuk bekerja sewaktu cuti sem memang mahu sangat ,Allah makbulkan doaku ketika ku membuka whatapp dalam group terlihat tawaran bekerja di Sra Selangor.Allahhh .sungguh bersyukur .Kadang-kadang sewaktu belajar  memang terdesak sangat sehinggakan ku sanggup tahan lapar dan dahaga untuk menyimpan duit ..kenangan yang terindah akan ku ingat sampai mati .

          Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa dan keluarga yang banyak mambantu dan memberi ku semangat ketika ku rebah..Allah sahaja yang mengetahui ,semoga mereka panjang umur. Merekalah yang banyak membantuku,,Allah!! tidak tahu mahu  macam mana mahu membalasnya. Yang ku paling sedih sekali waktu tu umiku sakit strok bahagian muka,ketika itu ku dapat berita ketika ku masih bekerja ketika cuti sem. Hari itu memang ku menangis teruk sangat.. ku sayang umiku tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya tapi Alhamdulillah ku bersyukur Allah bagi nikmat sihat kepada umiku setelah diberi rawatan hospital dan kampung.

          Selepas keluargaku ,ku sangat sayang sahabat ini yang ku kenal 4 tahun tapi kami tiada jodoh.ku redha mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Lumrah hidup tidak selalu indah,langit pun tidak selalu cerah. Bila mana kau diuji,ini cuma bingkisan penguat hidup di kemudian hari,bilamana dijentik Allah, itu tanda mohon PERHATIAN, rindu segenap tangisan tangisan daripada hambanya yang dipilih,,redhalah...redhalah...seandainya kehilangan sesuatu yang bernilai dalam hidup.Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kita tidak tahu. Tagih perhatian si dia,moga Dia memberi perhatian lebih pada kita. Kehadiran kau disampingku selama ini ,akan ku hargai,terima kasih kerana jadi penemanku untuk sementara dan maafkan lah ku dan kekurangan.Ku mendoakan agar kau bahagia disamping orang yang tersayang.

        Seterusnya ku ucapkan terima kasih kepada seorang kakak ini,,ku agak rapat .Beliau banyak menolong ,membantu , memberi semangat ketika ku susah dan sedih tapi ku rasa ku selalu buat kakak itu sakit hati,,Ya Allah jahatnya ku..maafkan ku kakak. Maaf tidak ada niat sebegitu. Kakak memang baik,tidak dapat ku membalas jasanya,,ALLAH..siapa berminat kakak ni boleh pm..Beliau orang terengganu.. :)

Alhamdulillah ..

Maaf kalau ada buat sesiapa yang terasa
mohon maaf

     



No comments:

Post a Comment